Hello Blogger sekalian !
Hari ini saya mahu kongsikan risiko-risiko jika wanita tidak lancar haid/period
Kitaran haid wanita tidak selalunya berjalan dengan lancar . Sesetengahnya mempunyai tempoh yang tepat mengikut jadual setiap 28 hari , tetapi ada sesetengah wanita lagi , haid mereka agak sukar untuk diramalkan . Sekurang-kurangnya 30 peratus wanita mengalami haid yang tidak teratur semasa usia reproduktif dan haid tidak teratur membawa beberapa risiko yang bahaya
Antara-antara risiko-risiko jika wanita tidak lancar haid adalah :
- Boleh menghadapi penyakit sista ovari yang membuat rahim pempuan mengalami gangguan
Sista adalah tumor jinak berisi cecair kental yang biasa ditemui di organ pembiakan wanita . Jika ada rasa kesakitan di rahim pada tempoh tidak datang haid , kemungkinan terdapat ketumbuhan sista di rahim dan harus merujuk kepada doktor untuk membuat pemeriksaan bagi mengelakkan sebarang ketumbuhan yang membahayakan
2. Sindrom ovari polisistik bukan saja mengganggu hormon , tetapi juga mengganggu fizikal diri kita
Selain haid tidak teratur dan jumlah darahnya sedikit , gejala fizikal seperti tumbuh bulu lebat di tubuh badan , wajah berminyak dan berjerawat juga akan terjadi . Kesan dari sindrom ini boleh menyebabkan kanser Endometrium dan haruslah dipantau dari masa ke semasa
3. Ketidaksuburan merampas impian mempunyai buah hati
Gangguan yang paling sering dialami oleh wanita mandul adalah gangguan ovulasi . Apabila ovulasi tidak terjadi , maka tidak akan ada sel telur yang terhasil . Semua ini berpunca daripada haid yang tidak teratur dan haid yang tidak ada sama sekali (Menopaus)
Bahayanya nda teratur period ni 😰😰
ReplyDeleteRisaunya klau haid tidak teratur..
ReplyDeleteJangan ambil remeh masalah period ni.. Bahaya ya
ReplyDeletekena jaga betul2 jgn di biarkan
ReplyDeleteSy ada masalah haid tidak teratur dari remaja lagi.. ini kisah benar ni.. memang merisaukan sebab takut juga mandul ka atau tiba2 ada kanser ka.. sampai umur sy 18 tahun.. sy p jumpa doktor.. mau 3 doktor juga la sy jumpa sebab manatau lain doktor lain diagnose dia.. syukurlah sy tiada juga apa2 komplikasi tapi 2 daripada doktor tu cakap mungkin disebabkan faktor stress.. stress juga boleh mengakibatkan haid tidak teratur.. so kalau mau teratur.. kenalah tangani stress dengan bijak.. tidur yg cukup.. makan yang seimbang.. masalah period tidak teratur bahaya juga bila sudah kawin.. sebab tidak sedar yang tiba tiba mengandung.. itu yg sy alami waktu first baby.. nasib jugalah tidak ambil makanan yang boleh memudaratkan baby sebelum tau pregnant 3 minggu..
ReplyDelete