Showing posts with label kesuburan. Show all posts
Showing posts with label kesuburan. Show all posts

Wednesday, 15 November 2017

5 Tips penjagaan kesuburan untuk lelaki



Seperti yang kita tahu, lelaki yang tidak subur juga dipengaruhi oleh kehidupan seharian mereka. Di sini, saya mahu kongsikan tips-tips untuk para lelaki bagi mencegah masalah kesuburan. 

#TipsHebat 1: Jangan stress atau tekanan

Ketidaksuburan juga ada berkaitan dengan jiwa dengan seorang lelaki. Hampir 40% kes ketidaksuburan lelaki adalah atas sebab terlalu stress atau tekanan. Stress atau tekanan boleh membuat tubuh badan lelaki dipengaruhi dengan daya negatif dan secara tidak langsung akan melemahkan sistem imun dan kesuburan lelaki.

#TipsHebat 2: Mengelakkan daripada minuman alkohol

Minuman yang beralkohol juga boleh merosakkan dan mengurangkan kualiti sperma. Jabatan Kesihatan mengesyorkan pada golongan lelaki untuk tidak mengambil minuman alkohol bagi menjamin peluang mereka untuk menjadi seorang bapa pada masa akan datang.


#TipsHebat 3: Berhenti merokok


Menghisap rokok membawa kesan buruk yang sangat besar. Ini sebab terdapat beribu bahan kimia berbahaya termasuk tar yang boleh menyebabkan ketagihan dan ini akan memberikan kesan negatif dengan kesuburan lelaki.

#TipHebat 4: Amalkan makanan yang sihat



Makanan yang kita ambil setiap hari perlulah di ambil kira kerana makanan merupakan faktor utama kesihatan. Elakkan makan makan yang mengandungi bahan pengawet, makanan segera dan makanan yang kurang segar seperti sosej, daging kasar dan yang telah dijeruk terlalu lama.

#TipsHebat 5: Jauhi suhu terlalu tinggi pada pangkuan riba



Suhu panas yang melampau pada badan juga memberi kesan yang besar pada sistem kesuburan lelaki. Suhu badan yang tinggi boleh mengganggu sistem reproduksi sperma. Mandian panas seperti sauna atau berada dalam persekitaran suhu yang panas terlalu lama ketika aktivit luar haruslah dielakkan bagi menjaga kesuburan oleh golongan para lelaki. 

Selain itu, lelaki zaman sekarang yang sentiasa menggunakan komputer riba untuk bekerja samada di dalam rumah atau di luar rumah haruslah mengelakkan meletakkan komputer riba pada pangkuan riba kerana suhu panas yang terhasil boleh mengganggu kesuburan lelaki.


Oleh itu , para lelaki haruslah mengambil kira pada tips - tips di atas ini bagi menjaga kesuburan mereka agar menjamin masa depan dan meneruskan zuriat mereka.

By,
Nyin Ying


















Monday, 13 November 2017

KENAPA VITAMIN E PENTING UNTUK LELAKI ?



Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjalankan satu kajian dan dapati kualiti air mani lelaki yang berusia 20 hingga 30 tahun turun sebanyak 43%.

Penurunan kualiti sperma dalam kalangan lelaki Malaysia dipercayai dipengaruhi dalam pelbagai faktor yang seperti :

✅ Gaya hidup yang tidak sihat
✅ Merokok
✅ Pengambilan minuman alkohol
✅ Obesiti
✅ Terdedah dengan makanan yang mengandungi bahan kimia


Kebanyakkan lelaki yang kurang subur juga adalah disebabkan kekurangan vitamin E didalam tubuh badan mereka. Untuk meningkatkan kesuburan lelaki dan mengurangkan risiko kanser prostat, lelaki disarankan untuk mengambil vitamin E yang secukupnya.


Vita-E Complex Shaklee mempunyai antioksidan yang dapat melindungi tubuh daripada kerosakkan radikal bebas. Satu kapsul Vita-E Shaklee mengandungi 400IU vitamin E dari sumber yang semula jadi seperti minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokoferol.

Vita-E Complex Shaklee juga kaya dengan 65mcg selenium dan 39.4mg Ekstrak Biji Aggur.

Vita-E Complex Shaklee berfungsi meningkatkan pergerakkan dan kualiti sperma, justeru menjadikannya lebih mudah bagi seseorang wanita untuk hamil apabila sperma lelaki bergerak lebih bebas dan aktif.

Lelaki yang mengambil Vita E Shaklee boleh melihat peningkatan dalam masalah kesuburan mereka, kerana Vita E telah terbukti dalam mengurangkan kecacatan dalam sperma lelaki yang membawa risiko kecacatan kelahiran atau keguguran.


Terdapat juga beberapa testimoni yang suami mengambil Vita-E Complex Shaklee berjaya membuat isterinya hamil.


#Testimoni 1 : Dengan bantuan vitamin E , kini sudah hamil 3 bulan 3 minggu 😍


#Testimoni 2 : Kekuatan vitamin E membuat hubungan suami isteri semakin erat 😍 


Tedapat juga satu kajian yang menunjukkan, pasangan menjalani rawatan IVF yang hanya mengambil vitamin E setiap hari, terdapat kadar kesuburan mereka meningkat sehingga 19-29%.

Dari kajian ini, kita boleh nampak lelaki harusnya mengambil vitamin E 400IU bersama selenium 200IU setiap hari sekurang-kurangnya dalam 3 bulan supaya membolehkan sperma untuk dicampurkan dengan ovum.


======================================


Konsultasi PERCUMA untuk kesuburan lelaki,


Hubungi saya di sini : Nyin Ying_0168118014

Saya berpengalaman untuk menyusun jadual makanan bagi mereka yang mempunyai masalah kesuburan lelaki serta servis yang tiptop untuk pelanggan saya sahaja. 💓

=========================


Shaklee Independent Distributor,
Nyin Ying - SID 1246273
016-8118014

Instagram: nyin_0168118014
Facebook: Nyin Ying Btq

Pengedar Shaklee Sabah
Pengedar Shaklee Malaysia

Jika kamu ingin menjana pendapatan bermodal rendah dengan Shaklee, kamu boleh terus hubungi saya. Kamu akan layak masuki private group dari saya untuk mengetahui bagaimana saya menjana income di Shaklee dengan mudahnya hanya dari rumah sahaja walaupun ada kerja hakiki. Bimbingan akan diberikan sehingga kamu berjaya mencapai pendapatan yang kamu impikan.


Selepas pembelian, 
jangan lupa hubungi nomber di bawah untuk dapatkan 
jadual dan cara makan vitamin yang berkesan
 serta konsultasi percuma dari saya.



Saturday, 11 November 2017

6 jenis makanan yang buat lelaki semakin subur



Seperti yang kita tahu, masalah kesuburan bukan wanita sahaja. Maka lelaki pun ada juga masalah kesuburan.

Sebelum ini, saya ada buat entry tentang makanan yang buat wanita subur. Dalam entry ini, saya akan kongsi pula makanan yang buat lelaki semakin subur.

#Makanan 1: Tiram


Sejak zaman purba lagi tiram sudah terkenal sebagai makanan Aprodisiak yang dapat meningkatkan stamina dalam bercinta. Kandungan kaya zink tercapai 76.3mg dalam setiap 100g daging tiram. Kandungan ini terbukti boleh meningkatkan hormon seksual pada lelaki dengan membantu penghasilan testosteron dan membantu fungsi pernafasan.


#Makanan 2: Telur ayam kampung



Telur ayam kampung mempunyai banyak nutrien yang diperlukan oleh lelaki untuk mengekalkan stamina mereka. Terbukti juga, jika lelaki minum telur ayam kampung sekurang-kurangnya 2 kali sehari, maka kualiti sperma lelaki akan menjadi sangat aktif.


#Makanan 3: Daging merah



Zat dalam daging merah seperti zink, boleh membantu menghalangkan radikal bebas daripada menjadi sebahagian sperma yang akan mengurangkan kualitinya.

"Menurut kajian yang dibuat oleh Mayo Clinic, pengambilan sebanyak 66mg zink dalam setiap hari, ia akan dapat meningkatkan bilangan sperma dalam lelaki yang separa subur dan 220mg sehari akan dapat membantu mengurangkan masalah mati pucuk dalam kalangan lelaki."


#Makanan 4: Tongkat Ali


Tong Ali ini adalah herba terapeutik berasal dari hutan hujan di Malaysia. Ia cuma diguna bahagian akar sahaja. Akar Tongkat Ali mengandungi sebatian yang boleh merangsang libido dan meningkatkan kualiti air mani.

"Pada tahun 2012, terdapat satu kajian yang terdiri daripada 35 orang mengambil Tongkat Ali setiap hari dan diperhatikan mengalami peningkatan yang ketara dalam kualiti sperma. Peningkatan yang berlangsung selama berbulan-bulan selepas dari kajian awal. Terdapat juga, hampir 15% peserta telah dilaporkan kehamilan baru."


#Makanan 5: Daun Kucai


Daun kucai memiliki pelbagai khasiat yang mampu memberi kesan afrodisiak sama lelaki. Khasiat yang seperti vitamin B, vitami C dan juga karotin.


#Makanan 6: Bawang Putih


Bawang putih mengandungi selenium dan vitamin B6 untuk mencegahkan kerosakkan sperma dan mengawal hormon. Bawang putih juga boleh meningkatkan aliran darah untuk memberikan kekuatan dan daya tahan sperma.


Isteri-isteri yang selalu memasak makanan untuk suami, 

selepas baca entry ini, tahu sudahkan apa yang perlu masak lepas ini ?


Bila suami tidak mahu makan supplement untuk masalah subur, 

bolehlah cuba memasak makanan yang ada diatas ini.


Selamat mencuba isteri-isteri hebat !


By, 
NyinYing




Wednesday, 8 November 2017

6 jenis makanan yang buat wanita lebih subur



Moment yang ditunggu-tunggu dan mahu ada oleh wanita selepas kahwin atau lama sudah kahwin adalah mempunyai cahaya mata. Tetapi, bukan semua wanita terus boleh mendapat kebahagian ini. Terdapat sesetengah wanita lambat hamil atau sukar hamil sebab mempunyai masalah kesuburan.

Saya akan kongsikan 6 jenis makanan yang buat wanita lebih subur bila ingin merancang untuk hamil.

#Makanan 1: Ubi Kentang



Wanita yang ingin merancang untuk hamil sangat disarankan untuk memasukkan ubi kentang dalam senarai sayur-sayuran pilihan untuk di makan setiap hari. 

Ini sebab ubi kentang segar penuh Vitamin B dan Vitamin E, kedua-dua vitamin ini membantu meningkatkan pertumbuhan sel dalam tubuh badan seperti melancarkan proses ovulasi.


#Makanan 2: Sayur-sayuran hijau



Bagi para wanita, makanan sihat seperti sayur-sayuran hijau sangat bermanfaat dalam membantu perkembangan lapisan endometrium (lapisan rahim) dan juga rangsangan ovulasi.

Sayuran hijau seperti bayam, sayur pucuk ubi, brokoli, lettuce, lobak mengandungi kandungan asid dan zat besi yang tinggi. Kedua-dua nutrien ini merupakan nutrien sempurna yang berupaya melancarkan proses penghamilan.


#Makanan 3: Telur



Telur merupakan sumber protein yang terbaik dalam membantu proses kesuburan, sebab telur mengandungi Asid Folik, Omega 2 dan Vitamin D yang secukupnya. 

Untuk jenis telur yang terbaik, wanita boleh memilih telur itik liar atau telur puyuh sebagai protein harian.


#Makanan 4: Susu



Susu penuh krim mengandungi lemak sihat dan kalsium yang sangat membantu dalam meningkatkan kesuburan kehamilan wanita. Susu yang disaran untuk minum adalah semua jenis susu haiwan.


#Makanan 5: Minyak Zaitun



Minyak ini mengandungi lemak yang menghasilkan Estrogen di tubuh badan wanita. Estrogen merupakan hormon yang paling penting dalam pembiakan wanita dan berfungsi untuk mengekalkan sel yang sihat serta mengawalkan kitaran haid wanita.


#Makanan 6: Kacang



Semua jenis kacang seperti kacang soya, kacang hijau dan kacang almond mengandungi Vitamin E yang tinggi, Asid Lemak Omega 3 dan Asid Folik. Oleh itu, bagi wanita yang ingin hamildengan cepat sangat bagus untuk sering mengamalkan salah satu kacang ini. 

Nutrien dalam kacang boleh meningkatkan kesuburan organ kehamilan sehingga meningkatkan peluang untuk hamil dengan cepat.


Sudah tahu kan makanan-makanan yang boleh membantu wanita lebih subur untuk mendapatkan cahaya mata dengan cepat ? Semoga makanan-makanan ini boleh membantu pasangan yang ingin dapat zuriat dengan cepat, agar kadar kesuburan di Malaysia tida menjadi semakin teruk.


By,
NyinYing