Showing posts with label sista ovari. Show all posts
Showing posts with label sista ovari. Show all posts

Sunday, 11 June 2017

RISIKO-RISIKO JIKA KITARAN HAID WANITA TIDAK LANCAR


Hello Blogger sekalian !


Hari ini saya mahu kongsikan risiko-risiko jika wanita tidak lancar haid/period 

Kitaran haid wanita tidak selalunya berjalan dengan lancar . Sesetengahnya mempunyai tempoh yang tepat mengikut jadual setiap 28 hari , tetapi ada sesetengah wanita lagi , haid mereka agak sukar untuk diramalkan . Sekurang-kurangnya 30 peratus wanita mengalami haid yang tidak teratur semasa usia reproduktif dan haid tidak teratur membawa beberapa risiko yang bahaya

Antara-antara risiko-risiko jika wanita tidak lancar haid adalah :


  1. Boleh menghadapi penyakit sista ovari yang membuat rahim pempuan mengalami gangguan

Sista adalah tumor jinak berisi cecair kental yang biasa ditemui di organ pembiakan wanita . Jika ada rasa kesakitan di rahim pada tempoh tidak datang haid , kemungkinan terdapat ketumbuhan sista di rahim dan harus merujuk kepada doktor untuk membuat pemeriksaan bagi mengelakkan sebarang ketumbuhan yang membahayakan


2. Sindrom ovari polisistik bukan saja mengganggu hormon , tetapi juga mengganggu fizikal diri kita


Selain haid tidak teratur dan jumlah darahnya sedikit , gejala fizikal seperti tumbuh bulu lebat di tubuh badan , wajah berminyak dan berjerawat juga akan terjadi . Kesan dari sindrom ini boleh menyebabkan kanser Endometrium dan haruslah dipantau dari masa ke semasa


3. Ketidaksuburan merampas impian mempunyai buah hati 


Gangguan yang paling sering dialami oleh wanita mandul adalah gangguan ovulasi . Apabila ovulasi tidak terjadi , maka tidak akan ada sel telur yang terhasil . Semua ini berpunca daripada haid yang tidak teratur dan haid yang tidak ada sama sekali (Menopaus)