Tuesday 2 January 2018

KISAH SEORANG IBU YANG KUAT HATI MENJAGA BABY 2 BULAN !



Hai semua. Nama saya amoi Nyin, pengedar Shaklee Sandakan Sabah. Baru-baru ini saya mendapat satu customer yang mahu banyakkan air susu. Di sini saya mahu share sikit kisah pasal customer ini, sebab kisah ibu ini menginspirasi saya.

Saya mendapat customer ini dari Facebook, saya contact dia dan dia beritahu yang dia ada mengamalkan Vivix Shaklee juga tapi masih kekurangan air susu badan.

Saya heran masa itu, sebab dari pengalaman kawan-kawan saya, mengamalkan Vivix Shaklee memang akan ada banyak air susu. Saya teruskan tanya lagi macam mana cara untuk makan set shaklee yang dia ambil.

Selepas bertanya kepada customer, saya dapat tahu customer ini mempunyai masalah. Rupanya baby dia yang baru 2 bulan menghadapi kanser 😭 Dia stress baby kena begini hingga air susu badan dia semakin kurang.

Selepas saya mengetahui masalah dia, saya beritahu dia supplement yang sesuai dan saya ajar dia beberapa tips supaya lagi banyak air susu.

Besok itu, saya terus tolong atur hantarkan Bcomplex Shaklee dan Alfalfa Shaklee untuk dia. Saya ajar lagi cara makan yang berkesan dan buat sikit pesanan untuk dia.


Selepas keempat hari, saya follow up lagi balik sama dia. Tanya khabar macam mana, air susu ada perubahan?

Berita baik dari dia ! Dia beritahu, dia sekarang ini cuma makan Bcomplex Shaklee saja dulu. Ini sebab makan Alfalfa Shaklee mesti minum air secukupnya tapi tandas di wad baby jauh. Jadi dia ambil Bcomplex Shaklee dulu.

Walaupun dia makan Bcomplex saja dulu, air susu dia sudah ada peningkatan dalam 4 hari ini. Dari 85ml banyak sehingga 160ml dan susu menjadi lebih pekat dan kuning berbanding air susu sebelum ini 😍



Saya dapat tahu nama baby ini Safiyya, baby perempuan yang comel betul dan kuat macam ibunya 🙏🙏🙏

8/12/2017 baby Safiyya kena Kemoterapi sudah. Dalam perjalanan untuk semakin sihat sudah 🙏🙏🙏 Baby Safiyya kena pindah di wad kanser dan boleh minum susu sudah tapi perlu guna tiub lagi. Ibu Safiyya beritahu sama saya, air susu dia semakin banyak sudah dan baby sekarang pun semakin ceria sudah.

Ibu Safiyya betul-betul happy sebab nampak air susu dia semakin pekat dan mengandungi vitamin untuk baby Safiyya dan mahu lagi ambil vitamin yang bagus untuk baby. Saya suggest lagi vitamin yang boleh menguatkan anti-body baby mengikut budget mereka dan mengesyorkan dia untuk menjadi member. Saya tahu masuk hospital ini mesti perlu guna duit yang banyak. Selepas masuk member, akan lagi jimat lebih banyak duit.



Ibu Safiyya betul-betul terima kasih sama saya sebab membantu dia. Saya berterima kasih juga sebab Ibu Safiyya percayai saya. Bukan saya saja yang ada membantu mereka, ada juga lagi yang buat sumbangan untuk baby Safiyya dan memberi makanan, Christmas gift untuk baby.



Terima kasih banyak-banyak untuk semua orang yang baik hati sudi membantu baby ini 🙏🙏

Saya kongsikan kisah ini, bukan sebab saya mahu minta sumbangan dari kamu, tapi kalau kamu betul-betul mahu buat sumbangan ikhlas, boleh juga hubungi ibu Safiyya #016-5841349

Tujuan saya tulis kisah ini sebab saya mahu lebih ramai orang tahu, Tuhan bagi kita hidup di dunia ini dengan penuh dugaan. Kalau kita tidak kuatkan hati untuk terus hidup, betul-betul rugi kita hidup dalam dunia ini.

Baby yang baru 2 bulan sudah berani bertaruh dengan kanser. Ibu baby itu pun tidak pernah putus asa untuk menjaga baby dan percaya baby akan sembuh. Apa lagi kita yang sihat ini, sikit-sikit sudah tidak sanggup terima dugaan dari Tuhan.

Sayangilah nyawa kamu, sayangi jugalah orang-orang sekelilingi kamu. Jangan pernah berputus asa untuk menghadapi dugaan yang diberi dan sentiasa mencari jalan penyelesai.

Saya doakan baby Safiyya semakin sihat dan ibu Safiyya diberi kekuatan dari segi fizikal dan mental untuk terus berhadapan dengan dugaan ini 🙏🙏🙏

Saya mohon juga sesiapa yang membaca post ini agar boleh mendoakan mereka. Terima kasih banyak banyak untuk kamu semua 🙏🙏🙏

By,
Nyin Ying ❤