Seperti yang kita tahu, masalah kesuburan bukan wanita sahaja. Maka lelaki pun ada juga masalah kesuburan.
Sebelum ini, saya ada buat entry tentang makanan yang buat wanita subur. Dalam entry ini, saya akan kongsi pula makanan yang buat lelaki semakin subur.
#Makanan 1: Tiram
Sejak zaman purba lagi tiram sudah terkenal sebagai makanan Aprodisiak yang dapat meningkatkan stamina dalam bercinta. Kandungan kaya zink tercapai 76.3mg dalam setiap 100g daging tiram. Kandungan ini terbukti boleh meningkatkan hormon seksual pada lelaki dengan membantu penghasilan testosteron dan membantu fungsi pernafasan.
#Makanan 2: Telur ayam kampung
Telur ayam kampung mempunyai banyak nutrien yang diperlukan oleh lelaki untuk mengekalkan stamina mereka. Terbukti juga, jika lelaki minum telur ayam kampung sekurang-kurangnya 2 kali sehari, maka kualiti sperma lelaki akan menjadi sangat aktif.
#Makanan 3: Daging merah
Zat dalam daging merah seperti zink, boleh membantu menghalangkan radikal bebas daripada menjadi sebahagian sperma yang akan mengurangkan kualitinya.
"Menurut kajian yang dibuat oleh Mayo Clinic, pengambilan sebanyak 66mg zink dalam setiap hari, ia akan dapat meningkatkan bilangan sperma dalam lelaki yang separa subur dan 220mg sehari akan dapat membantu mengurangkan masalah mati pucuk dalam kalangan lelaki."
#Makanan 4: Tongkat Ali
Tong Ali ini adalah herba terapeutik berasal dari hutan hujan di Malaysia. Ia cuma diguna bahagian akar sahaja. Akar Tongkat Ali mengandungi sebatian yang boleh merangsang libido dan meningkatkan kualiti air mani.
"Pada tahun 2012, terdapat satu kajian yang terdiri daripada 35 orang mengambil Tongkat Ali setiap hari dan diperhatikan mengalami peningkatan yang ketara dalam kualiti sperma. Peningkatan yang berlangsung selama berbulan-bulan selepas dari kajian awal. Terdapat juga, hampir 15% peserta telah dilaporkan kehamilan baru."
#Makanan 5: Daun Kucai
Daun kucai memiliki pelbagai khasiat yang mampu memberi kesan afrodisiak sama lelaki. Khasiat yang seperti vitamin B, vitami C dan juga karotin.
#Makanan 6: Bawang Putih
Bawang putih mengandungi selenium dan vitamin B6 untuk mencegahkan kerosakkan sperma dan mengawal hormon. Bawang putih juga boleh meningkatkan aliran darah untuk memberikan kekuatan dan daya tahan sperma.
Isteri-isteri yang selalu memasak makanan untuk suami,
selepas baca entry ini, tahu sudahkan apa yang perlu masak lepas ini ?
Bila suami tidak mahu makan supplement untuk masalah subur,
bolehlah cuba memasak makanan yang ada diatas ini.
Selamat mencuba isteri-isteri hebat !
By,
NyinYing
No comments:
Post a Comment