Monday, 12 June 2017

PUNCA-PUNCA KITARAN HAID WANITA TIDAK LANCAR



Hello Blogger ! 


Hari ini saya mahu kongsikan tentang masalah yang sering wanita akan alami iaitu kitaran haid tidak lancar . Sangat penting semua wanita mengetahui masalah yang serius ini !

Haid tidak lancar atau tidak tetap biasanya berlaku jika seseorang masih dalam tahun-tahun awal haid atau baligh . Selain disebabkan oleh akil baligh , haid tidak lancar atau tidak teratur juga boleh berlau semasa menopaus . Jika kamu tidak berada di dalam kategori tersebut , maka ini adalah disebabkan oleh perkara-perkara di bawah ini 

Antara punca-punca wanita tidak lancar haid adalah :


  1. KEGEMUKAN


Berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita dan ini akan menyebabkan gangguan kepada kitaran haid wanita


     2. TERLALU KURUS



   Tidak cukup lemak di dalam tubuh badan wanita juga akan boleh mengganggu kitaran haid . Oleh itu , kita haruslah mempunyai berat badan yang seimbang dan sihat 


     3. PENCEGAH HAMIL



   Pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depoprovera atau implanon boleh menyebabkan gangguan kitaran haid . Terdapat juga , ada sesetengah wanita yang tidak datang haid sepanjang masa akan menggunakan implanon


     4. BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN



Hormon prolaktin yang berlebihan akan menghalangkan pengeluaran telur dan seterusnya akan menyebabkan haid lewat untuk berbulan -bulan yang lama 


     5. MASALAH PENYAKIT TIROID



Hormon yang dirembeskan oleh penyakit tiroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus dengan kitaran haid wanita


     6. TEKANAN ATAU STRESS



Tekanan atau stress dalam bentuk fizikal dan mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan kitaran haid wanita


     7. MENGAMBIL PELBAGAI UBAT-UBATAN



Jamu tradisional , ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita 



Punca-punca yang diatas ini , boleh membawa risiko kepada kesihatan diri . Oleh itu , bagi mengelakkan risiko jika wanita tidak lancar haid , para wanita haruslah kerap melakukan pemeriksaan dengan doktor 








5 comments:

  1. Good info. Bikin risau juga ni kalau period nda teratur.

    ReplyDelete
  2. Info yang bermanfaat.thanks ya😉

    ReplyDelete
  3. Banyak pula faktor yang mengganggu period ni.. lain kali kena alert penjagaan kesihatan ni

    ReplyDelete
  4. Info yg berguna..bikin risau juga kalau tak dtg haid..

    ReplyDelete