Wednesday, 15 November 2017

5 Tips penjagaan kesuburan untuk lelaki



Seperti yang kita tahu, lelaki yang tidak subur juga dipengaruhi oleh kehidupan seharian mereka. Di sini, saya mahu kongsikan tips-tips untuk para lelaki bagi mencegah masalah kesuburan. 

#TipsHebat 1: Jangan stress atau tekanan

Ketidaksuburan juga ada berkaitan dengan jiwa dengan seorang lelaki. Hampir 40% kes ketidaksuburan lelaki adalah atas sebab terlalu stress atau tekanan. Stress atau tekanan boleh membuat tubuh badan lelaki dipengaruhi dengan daya negatif dan secara tidak langsung akan melemahkan sistem imun dan kesuburan lelaki.

#TipsHebat 2: Mengelakkan daripada minuman alkohol

Minuman yang beralkohol juga boleh merosakkan dan mengurangkan kualiti sperma. Jabatan Kesihatan mengesyorkan pada golongan lelaki untuk tidak mengambil minuman alkohol bagi menjamin peluang mereka untuk menjadi seorang bapa pada masa akan datang.


#TipsHebat 3: Berhenti merokok


Menghisap rokok membawa kesan buruk yang sangat besar. Ini sebab terdapat beribu bahan kimia berbahaya termasuk tar yang boleh menyebabkan ketagihan dan ini akan memberikan kesan negatif dengan kesuburan lelaki.

#TipHebat 4: Amalkan makanan yang sihat



Makanan yang kita ambil setiap hari perlulah di ambil kira kerana makanan merupakan faktor utama kesihatan. Elakkan makan makan yang mengandungi bahan pengawet, makanan segera dan makanan yang kurang segar seperti sosej, daging kasar dan yang telah dijeruk terlalu lama.

#TipsHebat 5: Jauhi suhu terlalu tinggi pada pangkuan riba



Suhu panas yang melampau pada badan juga memberi kesan yang besar pada sistem kesuburan lelaki. Suhu badan yang tinggi boleh mengganggu sistem reproduksi sperma. Mandian panas seperti sauna atau berada dalam persekitaran suhu yang panas terlalu lama ketika aktivit luar haruslah dielakkan bagi menjaga kesuburan oleh golongan para lelaki. 

Selain itu, lelaki zaman sekarang yang sentiasa menggunakan komputer riba untuk bekerja samada di dalam rumah atau di luar rumah haruslah mengelakkan meletakkan komputer riba pada pangkuan riba kerana suhu panas yang terhasil boleh mengganggu kesuburan lelaki.


Oleh itu , para lelaki haruslah mengambil kira pada tips - tips di atas ini bagi menjaga kesuburan mereka agar menjamin masa depan dan meneruskan zuriat mereka.

By,
Nyin Ying


















No comments:

Post a Comment