Moment yang ditunggu-tunggu dan mahu ada oleh wanita selepas kahwin atau lama sudah kahwin adalah mempunyai cahaya mata. Tetapi, bukan semua wanita terus boleh mendapat kebahagian ini. Terdapat sesetengah wanita lambat hamil atau sukar hamil sebab mempunyai masalah kesuburan.
Saya akan kongsikan 6 jenis makanan yang buat wanita lebih subur bila ingin merancang untuk hamil.
#Makanan 1: Ubi Kentang
Wanita yang ingin merancang untuk hamil sangat disarankan untuk memasukkan ubi kentang dalam senarai sayur-sayuran pilihan untuk di makan setiap hari.
Ini sebab ubi kentang segar penuh Vitamin B dan Vitamin E, kedua-dua vitamin ini membantu meningkatkan pertumbuhan sel dalam tubuh badan seperti melancarkan proses ovulasi.
#Makanan 2: Sayur-sayuran hijau
Bagi para wanita, makanan sihat seperti sayur-sayuran hijau sangat bermanfaat dalam membantu perkembangan lapisan endometrium (lapisan rahim) dan juga rangsangan ovulasi.
Sayuran hijau seperti bayam, sayur pucuk ubi, brokoli, lettuce, lobak mengandungi kandungan asid dan zat besi yang tinggi. Kedua-dua nutrien ini merupakan nutrien sempurna yang berupaya melancarkan proses penghamilan.
#Makanan 3: Telur
Telur merupakan sumber protein yang terbaik dalam membantu proses kesuburan, sebab telur mengandungi Asid Folik, Omega 2 dan Vitamin D yang secukupnya.
Untuk jenis telur yang terbaik, wanita boleh memilih telur itik liar atau telur puyuh sebagai protein harian.
#Makanan 4: Susu
Susu penuh krim mengandungi lemak sihat dan kalsium yang sangat membantu dalam meningkatkan kesuburan kehamilan wanita. Susu yang disaran untuk minum adalah semua jenis susu haiwan.
#Makanan 5: Minyak Zaitun
Minyak ini mengandungi lemak yang menghasilkan Estrogen di tubuh badan wanita. Estrogen merupakan hormon yang paling penting dalam pembiakan wanita dan berfungsi untuk mengekalkan sel yang sihat serta mengawalkan kitaran haid wanita.
#Makanan 6: Kacang
Semua jenis kacang seperti kacang soya, kacang hijau dan kacang almond mengandungi Vitamin E yang tinggi, Asid Lemak Omega 3 dan Asid Folik. Oleh itu, bagi wanita yang ingin hamildengan cepat sangat bagus untuk sering mengamalkan salah satu kacang ini.
Nutrien dalam kacang boleh meningkatkan kesuburan organ kehamilan sehingga meningkatkan peluang untuk hamil dengan cepat.
Sudah tahu kan makanan-makanan yang boleh membantu wanita lebih subur untuk mendapatkan cahaya mata dengan cepat ? Semoga makanan-makanan ini boleh membantu pasangan yang ingin dapat zuriat dengan cepat, agar kadar kesuburan di Malaysia tida menjadi semakin teruk.
By,
NyinYing
No comments:
Post a Comment