Thursday, 9 November 2017

7 KESILAPAN PENIAGA ONLINE YANG BARU BERMULA BUAT BUSINESS ONLINE !



Zaman sekarang, ramai orang mahu berlumba-lumba buat business. Tetapi sesetengah orang berjaya, sesetengah orang pula tidak berjaya.

Sebab apa ?


Sebab mereka telah melakukan 7 kesilapan besar semasa bermula buat business online ini.

Jadi apa kesilapan itu ?


#Kesilapan 1: Tiada mentor / upline



Ramai yang bermula buat business sebab rasa diri sendiri sudah tahu buat segalanya dan rasa macam banyak ilmu sudah. Tetapi sebenarnya, kita memerlukan MENTOR / UPLINE yang akan membantu kita dalam business. Sehebat-hebat mana pun seseorang itu, dia perlukan juga bantuan orang lain.

#Kesilapan 2: Tiada ilmu yang secukupnya



Fikiran sesetengah orang yang baru mula business anggap buat business ini senang sahaja. Tidak perlu mencari ilmu, bila ada produk terus saja buat iklan tanpa fahami apa-apa. Jadi, ilmu tiada had lansung, lebih bagus dapat ilmu yang banyak daripada sikit.

#Kesilapan 3: Niat buat business tidak betul



Kebanyakkan orang buat business untuk kepentingan diri sendiri sahaja untuk dapat untung banyak dan tanpa memberi manfaat sama orang lain. Perlakuan begini akan membuat business kita tidak kekal lebih lama.

#Kesilapan 4: Tiada tindakan benar



Bila sudah ada ilmu, masuk group coaching free atau berbayar, tetapi tidak bertindak juga akan buat business kita tidak berjaya. Mahu buat business online berjaya, mestilah sendiri berusaha buat bersungguh-sungguh.

#Kesilapan 5: Usaha tidak berterusan



Ramai peniaga online tidak mempunyai produk tetap untuk business mereka. Bila usaha tidak tinggi, sales tidak banyak, produk pula disalahkan tidak dapat dijual. Sedangkan dia sendiri yang tidak usaha macam orang lain yang berjaya.

#Kesilapan 6: Tidak fokus dengan business



Tahukah potensi buat business online ini? Bila kita fokus betul-betul business kita, kita boleh dapat income sehingga 7 angka ! Tetapi ramai peniaga online susah mahu fokus betul-betul sebab income setiap bulan pun tidak stabil.

#Kesilapan 7: Salah memilih produk



Ini kesilapan yang paling ramai peniaga online buat ! Produk mana yang dapat banyak untung, peniaga online bertukar menjual produk itu supaya dapat untung lebih banyak. Kita perlu fahami dulu sebelum menjual produk dekat pasaran ini.

~ Kita harus fahami dulu syarikat produk dan establish sudah berapa lama.
~ Kita harus tengok testimoni produk itu adalah benar atau palsu. Kebanyakan testimoni sekarang dibuat oleh peniaga online sendiri.
~ Kita harus fahami kekuatan brand produk. Brand yang kuat akan menentukan long term business kita.


Lepas baca kesilapan semua ini , sekarang faham sudahkan 
kenapa ramai orang buat business online tetapi susah mahu berjaya?

Semoga peniaga online habis baca kesilapan ini akan bersama-sama saya berubah semua kesilapan agar business kita semakin berjaya.

By,
Nyin Ying


1 comment: